Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh.
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa di mana lelaki dan wanita berjanji akan bertolak ansur dalam semua aspek kerana rasa cinta yang wujud dalam hati. Di awal perkahwinan, ramai mengakui bahagia namun semakin lama, keserasian dirasakan makin berkurangan.
Ada saja yang tidak kena di mata lelaki. Badan isteri gemuk, pipi kendur, tidak seksi dan pelbagai sebab lain. Paling utama lelaki berpaling dari isteri apabila bertemu wanita lain. Sebagai lelaki, jangan sesekali anda melakukan kesilapan kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Kenapa rumah tangga bergoyang? Sebagai lelaki anda perlu ketahui hal ini.
Rasa cinta sudah tiada Semakin lama mendirikan rumah tangga, semakin banyak kelemahan pasangan terserlah. Kuat membebel, suka mengungkit, mudah marah, jarang menyatakan rasa cinta dan sebagainya. Lama kelamaan, ia membuatkan rasa cinta berkurang.
Kenapakah semakin lama duduk sebumbung, rasa cinta itu tidak lagi mem buak-buak di dada? Kenapa tiada lagi kemesraan? Kenapa tiada lagi kasih sayang atau ungkapan-ungkapan yang lahir dari mulut pasangan? Semua inilah membuatkan jiwa semakin mati dan pudar.
Jika cinta sudah tiada dalam diri, rumah tangga sudah tidak mampu diselamatkan lagi. Yang tinggal mungkin satu tanggungjawab dan begitulah yang dirasai oleh kebanyakan pasangan. Jadi jika anda sudah lama tidak meluahkan rasa cinta itu kepada pasangan, kembalilah mencarinya kerana semakin dibiar kan, jiwa semakin sepi.
Berubahlah untuk kebaikan kerana baik lelaki mahupun wanita memerlukan cinta bagi menyuburkan hati. Raihlah cinta kerana anda akan menemukan erti bahagia semula. Perceraian sememangnya sangat memeritkan. Ia bukan saja menyusahkan kedua belah pihak, tetapi turut memusnahkan impian anak-anak untuk melihat ibu dan bapanya hidup sebumbung.
Jika kasihankan anak-anak, bersatulah dan carilah semula cinta. Permata jika dicanai akan menjadi gemerlapan. Begitu jugalah jiwa. Jika disuburkan dengan kata-kata cinta, anda akan mudah menyayangi dan mencintai pasangan semula.
Rancanglah Masa Depan
Berhentilah berfi kir kepentingan diri sendiri. Anda sudah dewasa dan dapat mene rus kan masa depan sendiri. Tapi sebelum mem buat apa-apa keputusan, pandanglah mata dan wajah anak-anak yang bakal anda tinggalkan! Adakah anda sanggup kehilangan mereka?
Berhentilah berfi kir kepentingan diri sendiri. Anda sudah dewasa dan dapat mene rus kan masa depan sendiri. Tapi sebelum mem buat apa-apa keputusan, pandanglah mata dan wajah anak-anak yang bakal anda tinggalkan! Adakah anda sanggup kehilangan mereka?
Yang berkrisis hanya anda dan isteri tetapi jangan sesekali menjadikan anak mangsa. Mereka tidak berdosa, mereka juga tidak berdaya untuk menguruskan diri sendiri dan semuanya perlukan sokongan anda sebagai orang dewasa. Masa depan anak-anak masih jauh. Masa depan mereka terletak di tangan anda yang lebih dewasa. Ketepikan prasangka. Jauhi juga sifat dendam yang mungkin melingkari jiwa. Binalah masa depan yang baik untuk anak-anak!
semoga kita diberkatiNya..InsyALLAH.
http://www.youtube.com/user/zamryabdrahman
0 comments:
Post a Comment