Nabi Muhammad S.A.W. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.
Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
Beliau adalah merupakan isteri Nabi Muhammad S.A.W yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad S.A.W. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum Bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah.
Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad S.A.W. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada Nabi Muhammad S.A.W. sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.
Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
- Al-Qasim bin Muhammad
- Abdullah bin Muhammad
- Ibrahim bin Muhammad
- Zainab binti Muhammad
- Ruqaiyah binti Muhammad
- Ummu Kalthum binti Muhammad
- Fatimah binti Muhammad
Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Fatimah Az-Zaharah telah berkahwin dengan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib.
Kesemua ketiga - tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.Tujuan Allah SWT mencabut semua nyawa anak lelaki Nabi adalah bagi mengelakkan supaya tiada lagi wujud Nabi dan Rasul yang baru sesudah Nabi Muhammad,hal ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah sesudah Nabi Isa diatas muka bumi ini.Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.
Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
Nabi Muhammad S.A.W.. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka Nabi Muhammad S.A.W.. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.
Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham.Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.Contohnya pada suatu hari,Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.
Aishah bt Abu Bakar
Akad nikah diadakan di Makkah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah Nabi Muhammad S.A.W. berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 7 tahun (namun ulama berselisihan pendapat mengenainya). Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara Nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 8, Buku 73, Nombor 151
- Dinyatakan 'Aisha: Aku biasa bermain dengan boneka-boneka (anak patung) di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.
Hadis Sahih Muslim Buku 008, Nombor 3327:
- 'A'isha (Allah memberkatinya) melaporkan bahawa Rasulullah menikahinya ketika ia berusia tujuh tahun, dan ia (Muhammad) membawanya ke rumahnya sebagai pengantin ketika ia berusia sembilan tahun, dan anak patungnya dibawanya, dan ketika ia (Muhammad) wafat, ia (A’isha) berusia delapanbelas tahun.
Hadis Sahih Muslim Buku 8, Nombor 3311:
- 'A'isha (Allah memberkatinya) melaporkan bahawa Rasulullah SAW mengahwininya (Aisyah) ketika umurnya tujuh tahun, dan baginda membawanya ke rumah baginda tatkala beliau (Aisyah) berusia sembilan tahun, dan anak patungnya ada bersamanya; dan apabila (Rasulullah) wafat, umurnya (Aisyah) lapan belas tahun.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 58, Nombor 234:
- "Diriwayatkan oleh Aisha: Rasul mengahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap dirumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh (kembali) dan ibuku, Um Ruman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku.
- Beliau (ibu) memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, "Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya."
- Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka dan menyiapkanku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (baginda Rasul), dan pada masa itu saya perempuan berumur sembilan tahun."
Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad S.A.W. yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.
Namun begitu terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Nabi s.a.w. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.
Hujahnya: Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal.
"Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak."Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b,
" Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.
Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun. 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610 3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "
Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,
" Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah.
{73 Hijrah = 695 Masihi} 695 Masihi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masihi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masihi/2 Hijrah.
Oleh itu Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun.
Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab. Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau, Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut Arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial. Selepas peristiwa itu, Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu. Setelah beberapa tahun, ayahnya telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah saw.
Hafsah mempunyai seorang suami tetapi suaminya wafat kerana terkorban di medan perang. Apabila mendapat berita mengenainya, Rasulullah saw mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda. Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya, Hafsah berasa sedih atas pemergian ayahandanya yang tersayang. Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam rumah sambil bertaqarrub kepada Allah SWT.
Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu Nabi Muhammad S.A.W. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.
Lamaran kali kedua Nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.
Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.
Melalui al Najashi, Nabi Muhammad S.A.W. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.
Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi Nabi Muhammad S.A.W.. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya.
Safiyah bt. Huyay
Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.
Zainab bt. Jahsyin
Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad S.A.W. setelah dia dimerdekakan.
Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak nabi Muhammad s.a.w.
Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
Nabi Muhammad S.A.W. berkahwin dengan Umrah ketika Umrah baru sahaja memeluk agama Islam. Umrah telah diceraikan dan dipulangkan kepada keluarganya.
Zainab bt Khuzaimah
Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu Nabi Muhammad S.A.W. masih hidup.
Maria al-Qibtiyyah
Maria al-Qibtiyyah, English;(Maria The Copt) merupakan salah seorang isteri kepada Muhammad Rasulullah.
Rujukan
- Profesor Madya Dr. Ishak Mohd. Rejab, 'Rasulullah Sebagai Ketua Keluarga', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1988.
- Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah oleh Hj Ahmad bin Haji Awang.
0 comments:
Post a Comment